DASAR PRIVASI
Last update 2nd Mar 2021
JWW Consultancy & Technology Sdn. Bhd. (dirujuk sebagai “kami” di dalam Dasar Privasi ini) menghormati privasi anda dan komited untuk melindungi data peribadi anda. Kami ingin anda mengetahui bagaimana kami mengumpulkan, menggunakan, menyimpan atau menzahirkan data peribadi anda. Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami dan dengan terus mengakses laman web kami www.sense.my ("Laman"), anda mengisytiharkan bahawa anda telah membaca dan memahami Dasar Privasi ini dan bersetuju untuk kami memproses data peribadi anda selaras dengan cara yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Bagi mengelakkan keraguan, Dasar Privasi ini merupakan sebahagian daripada Syarat Perkhidmatan Pengguna User Terms of Services.
Sekiranya anda memberikan kami data peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga dengan menghantar data peribadi tersebut kepada kami, anda memberi representasi kepada kami dan menjamin bahawa anda telah mendapat persetujuan pihak ketiga tersebut untuk memberi data peribadi mereka kepada kami untuk tujuan yang berkenaan.
Di samping itu, Laman ini, dari semasa ke semasa, boleh mengandungi pautan ke dan dari laman web pihak ketiga yang lain. Sekiranya anda mengikut pautan ke mana-mana laman web pihak ketiga, harap maklum bahawa laman web berkenaan mempunyai dasar privasi mereka sendiri. Oleh kerana laman web pihak ketiga ini tidak dimiliki atau dikendalikan oleh kami, kami tidak bertanggungjawab atau bertanggungan terhadap kandungan laman web tersebut dan dasar privasi mereka. Sila semak dasar-dasar mereka sebelum anda menghantar apa-apa data peribadi kepada mana-mana laman web tersebut. Kami selanjutnya tidak bertanggungjawab atau bertanggungan terhadap amalan privasi atau keselamatan data mana-mana pihak ketiga yang anda menzahirkan data peribadi anda kepada, melalui atau berkaitan dengan Laman ini.
1. DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL
Kami mungkin mengumpul maklumat berikut daripada dan tentang anda:
(a) nama.
(b) NRIC/Pasport No.
(c) Tarikh Kelahiran.
(d) Jantina.
(e) Agama.
(f) nombor telefon.
(g) alamat e-mel.
(h) alamat kediaman/pejabat.
(i) nama pengguna.
(j) Kenalan anda.
(k) CCTV/rakaman keselamatan anda.
(l) Maklumat lokasi.
(m) maklumat mengenai penggunaan anda, interaksi anda dan tingkah laku anda semasa melayari Laman ini termasuk kuki, alamat IP, peranti anda (contohnya komputer, telefon pintar dan peranti elektronik yang lain) dan/atau pelayar, jenis pelayar, keupayaan peranti, jalur lebar, tingkah laku pelayaran internet, statistik paparan halaman, dan trafik ke dan dari Laman ini.
(n) komen atau kandungan yang anda menyiarkan dalam Laman ini dan maklumat yang menyertai siaran atau kandungan tersebut.
(o) pilihan kandungan anda di Laman ini. atau
(p) sebarang maklumat lain yang boleh mengenal pasti anda, yang anda berikan kepada kami.
Sila pastikan semua data peribadi yang dihantar kepada kami adalah tepat, lengkap, benar, betul dan terkini. Anda memahami bahawa kegagalan untuk memberikan data peribadi seperti yang diminta oleh kami mungkin menyebabkan kami tidak boleh memberikan anda perkhidmatan yang anda minta atau pengunaan atau akses anda ke Laman ini mungkin terhad atau terjejas.
2. BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA
Kami mengumpulkan data peribadi anda melalui kaedah-kaedah berikut:
(a) apabila anda mendaftarkan sebuah akaun dengan kami di Laman ini.
(b) apabila anda menggunakan mana-mana perkhidmatan atau perkhidmatan berkaitan kami di Laman ini.
(c) apabila anda melanggan untuk menerima surat berita kami.
(d) apabila anda menghubungi kami atau apabila anda meminta kami menghubungi anda.
(e) apabila anda melayari dan/atau berinteraksi dengan Laman ini.
(f) apabila anda menerima kuki kami di peranti anda.
(g) apabila wakil yang diberi kuasa oleh anda menghantar data peribadi anda kepada kami untuk mana-mana tujuan yang diberi kuasa oleh anda secara munasabah.
(h) apabila pembekal perkhidmatan pihak ketiga memberikan data peribadi anda kepada kami, yang dikumpul dan diproses oleh mereka dan dizahirkan kepada kami selaras dengan dasar privasi mereka masing-masing. atau
(i) apabila anda menghantar data peribadi anda kepada kami untuk mana-mana sebab.
Kami juga akan mengumpul data peribadi anda tanpa persetujuan anda dalam keadaan di mana persetujuan anda tidak diperlukan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan mana-mana perundangan subsidiari dan peraturan yang dibuat di bawahnya (“undang-undang yang berkaitan”).
3. TUJUAN MENGAPA DATA PERIBADI ANDA DIKUMPULKAN
Kami mungkin menggunakan data peribadi anda yang kami miliki untuk tujuan-tujuan berikut:
(a) untuk mendaftarkan dan mengekalkan akaun pengguna anda dengan kami.
(b) untuk memberikan perkhidmatan kami kepada anda dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
(c) untuk menambah baik perkhidmatan yang kami berikan kepada anda.
(d) untuk menghantar kepada anda surat berita kami atau apa-apa maklumat promosi, tawaran atau hadiah khas.
(e) untuk menjalankan penyelidikan pasaran, pemasaran peribadi dan pemprofilan pelanggan.
(f) untuk menghantar iklan-iklan yang mungkin diminati oleh anda di Laman ini.
(g) untuk membolehkan perniagaan-perniagaan pihak ketiga untuk menghantar iklan-iklan yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan mereka yang mungkin diminati oleh anda di Laman ini.
(h) untuk menguruskan infrastruktur dan operasi perniagaan kami dan mematuhi dasar-dasar dan prosedur-prosedur dalaman.
(i) untuk berkomunikasi dengan anda untuk memberitahu anda mengenai sebarang perubahan kepada terma dan syarat atau dasar-dasar di Laman ini.
(j) untuk menyelesaikan aduan dan mengendalikan permintaan dan pertanyaan daripada anda.
(k) untuk tujuan penyimpanan rekod.
(l) untuk mematuhi mana-mana undang-undang yang berkaitan, peraturan, proses undang-undang atau permintaan kerajaan.
Kami juga mungkin menggunakan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan lain yang secara munasabah berkaitan dengan tujuan-tujuan yang disenaraikan di dalam Dasar Privasi ini di mana kami telah memperolehi persetujuan yang berkaitan anda atau di dalam keadaan di mana persetujuan anda tidak diperlukan berdasarkan undang-undang yang berkaitan.
4. PENZAHIRAN DATA PERIBADI ANDA
Data peribadi anda mungkin dizahirkan kepada orang-orang berikut:
(a) pekerja, agen atau pengkhidmat kami.
(b) pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang memerlukan pemprosesan data peribadi anda. contohnya, pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang telah diguna khidmat oleh kami: (i) untuk menyediakan dan menyelenggara sebarang peralatan/penyimpanan awan dalam talian yang digunakan untuk menyimpan dan mengakses data peribadi anda. (ii) untuk menghoskan dan menyelenggara Laman ini. atau (iii) sebaliknya berkaitan dengan pembekalan perkhidmatan tertentu yang diberikan kepada anda di atau melalui Laman ini.
(c) penjual-penjual atau mana-mana rakan niaga pihak ketiga yang menawarkan barangan atau perkhidmatan atau menaja pertandingan atau aktiviti-aktiviti promosi yang lain di Laman ini.
(d) penasihat profesional kami seperti juruaudit dan penasihat undang-undang kami.
(e) pihak berkuasa kerajaan atau pengawalseliaan, badan berkanun, agensi penguatkuasaan, persatuan industri.
(f) mahkamah dan forum pertikaian alternatif lain. dan/atau
(g) mana-mana pihak lain yang anda beri kebenaran kepada kami untuk menzahirkan data peribadi anda.
Kami juga mungkin menzahirkan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan lain yang secara munasabah berkaitan dengan tujuan-tujuan yang disenaraikan di dalam Dasar Privasi ini di mana kami telah memperolehi persetujuan yang berkaitan anda atau di dalam keadaan di mana penzahiran tersebut tidak memerlukan persetujuan anda berdasarkan undang-undang yang berkaitan.
5. KESELAMATAN, STORAN DAN PENYIMPANAN DATA PERIBADI ANDA
Kami mempunyai langkah-langkah pentadbiran, teknikal, personel dan fizikal yang munasabah secara komersial untuk melindungi data peribadi anda terhadap apa-apa kehilangan, pencurian, penyalahgunaan, pengubahsuaian, perubahan, kemusnahan, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja. Walau bagaimanapun, ia adalah mustahil untuk menjamin perlindungan sepenuhnya data peribadi anda di atas internet dan kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kehilangan, pencurian, penyalahgunaan, pengubahsuaian, perubahan, kemusnahan, akses atau pendedahan tanpa kebenaran atau tidak sengaja oleh pihak ketiga yang disebabkan oleh faktor-faktor di luar kawalan kami. Data peribadi anda mungkin diuruskan dan disimpan oleh kami dalam pelayan-pelayan yang berada/berpusat di luar Malaysia di mana kami mempunyai kemudahan atau di mana kami mengguna khidmat pembekal perkhidmatan. Dengan menghantar data peribadi anda kepada kami dan/atau dengan terus menggunakan Laman ini dan/atau perkhidmatan yang disediakan di atau melalui Laman ini, anda bersetuju kepada pemindahan dan pemprosesan data peribadi anda di luar Malaysia. Data peribadi anda akan disimpan selama diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan bagi mana ia dikumpulkan atau untuk tujuan perniagaan, undang-undang atau peraturan, atau selaras dengan undang-undang yang berkaitan.
6. AKSES KEPADA DAN/ATAU PEMBETULAN DATA PERIBADI ANDA
Anda boleh meminta akses kepada dan/atau membetulkan dan/atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda yang kini kami miliki atau di bawah kawalan kami dengan menulis kepada kami di alamat e-mel yang dinyatakan di bawah. Kami mungkin akan meminta maklumat tambahan daripada anda sebelum memberikan anda akses kepada data peribadi tersebut atau membuat pembetulan tersebut untuk mengesahkan dan memastikan bahawa data peribadi tersebut secara betul berkaitan dengan dan/atau dimiliki oleh anda. Kami akan berusaha untuk memenuhi permintaan anda sebaik sahaja wajar dilaksanakan dan selaras dengan undang-undang yang berkaitan. Kami juga boleh ingkar daripada mematuhi permintaan anda untuk akses kepada data atau pembetulan data selaras dengan undang-undang yang berkaitan. Dalam keadaan sedemikian, kami akan memberitahu anda tentang keengganan kami dan alasan kami untuk keengganan tersebut.
7. PENARIKAN BALIK PERSETUJUAN ANDA
Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk menerima surat berita kami dengan mengklik pautan ‘Unsubscribe’ di dalam surat berita yang dihantar kepada alamat e-mel anda. Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk kami mengumpul, menggunakan, menzahirkan dan/atau memproseskan data peribadi anda di dalam milikan kami untuk beberapa atau semua tujuan-tujuan yang disenaraikan di dalam Dasar Privasi ini dengan menulis kepada kami di alamat e-mel yang dinyatakan di bawah. Penarikan balik persetujuan anda mungkin mengakibatkan kami tidak dapat memberikan anda dengan perkhidmatan yang anda minta atau penggunaan atau akses anda kepada Laman ini mungkin terhad atau terjejas. Setelah pemprosesan penarikan balik persetujuan anda selesai, kami tidak akan lagi mengumpulkan, menggunakan, menzahirkan dan/atau memproses data peribadi anda, kecuali sejauh mana kami menyimpan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan pematuhan, peraturan atau undang-undang lain.
8. UNDANG-UNDANG PEMERINTAHAN
Dasar Privasi ini dan pengunaan Laman ini oleh anda adalah ditadbirkan di bawah undang-undang Malaysia.
9. PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI INI
Kami berhak untuk meminda terma-terma Dasar Privasi ini mengikut budi bicara mutlak kami pada bila-bila masa. Sebarang Dasar Privasi yang dipinda akan disiarkan di dalam Laman ini dan akan berkuatkuasa serta merta. Anda dikehendaki memeriksa halaman ini dari semasa ke semasa untuk mengambil maklum tentang apa-apa perubahan yang telah kami buat kerana ia mengikat anda. Penggunaan terus Laman ini dan/atau perkhidmatan yang disediakan di atau melalui Laman ini oleh anda selepas apa-apa pindaan Dasar Privasi ini menandakan persetujuan dan penerimaan anda kepada syarat-syarat yang disemak semula.
10. HUBUNGI KAMI
Sekiranya anda ingin menghubungi kami dengan pertanyaan atau kebimbangan anda mengenai Dasar Privasi ini, atau sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan atau aduan mengenai bagaimana data peribadi anda dikumpulkan, digunakan, dizahirkan dan/atau diproses oleh kami, sila hubungi kami di enquiry@sense.my. Versi Bahasa Inggeris Dasar Privasi ini boleh didapati di sini. Sekiranya terdapat percanggahan antara Dasar Privasi versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu, Dasar Privasi versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.